Skip to main content

Part 1 : Kronologi Bersalin First Baby , Aryan Rizqi

Assalamualaikum,
Actually semalam Ella dah type panjang lebar tau tapi disebabkan mata ngantuk so plan nak continue pagi nanti. Sekali bila bangun je bukak blog, all gone. Haha! So cite dia Ella kena type semulalah storynya ye. Here we go~

23 April 2018
5 pagi
Masa ni Ella terjaga dari tido sebab nak terkucil. Almaklumlah dah hujung2 mengandung ni dia punya rasa nak terkucil tu lain macam 🙈 Perlahan-lahan turun katil dan terus ke toilet. Bila dah settle nak sambunglah tido kononnya. Baru je baring, baru je nak betulkan posisi badan, sekali ada bunyi 'pulp'. Hmm pelik, bunyi apa ek? Tetiba rasa mcm basah sikit kt bahagian bawah. Then slowly bangun dari katil and pegi toilet semula. Bukak je panties, dekat pantyliner tu basah (air ketuban) + campur lendir darah sikit. Okay itu tandanya dah sampai masa! Terus dada mcm berombak sbb cuak, terkejut sbb first time and mcm2 lagilah perasaan masa tu haha. Slowly keluar toilet, kejutkan husband. Omg reaksi husband punya kelam kabut sampai mcm tak tentu arah haha. Okay tu mcm dalam drama samarinda yang kita selalu tengok part bini nak beranak laki panik tak tentu arah. Haa husband Ella lah tu 😂 Then kejut pulak mama & papa sebab masa tu Ella dah start stay kat rumah mama papa sebab menanti hari kan. Hospital memang dekat kalau dari rumah mama papa. Ella sempat jugaklah mandi wangi siap2 pakai baju cantik (baju tu memang dah siap iron awal2, siap gantung so bila dah sampai masa terus pakai je) haaa ni lah masanya!

6.30 pagi
Sampai HKL, register kat kaunter. Masa ni kena bawak ic (husband & wife), copy of sijil nikah/kad nikah, buku pink (wajib bawak kalau tak nanti memang kau kenalah dgn nurse haha). Pentingnya kena bawak buku pink ni sebab nurse & doctor boleh refer monthly checkup kau punya result. So dia tahu lah kau ada masalah ke x ke. Senang utk dia registerkan nama. So settle part register as usual lah kena tggu giliran. Dah start rasa contraction? Ha'ah. Actually since pecah air ketuban tu dah rasa sakit contraction. Tapi dia on off lah. Tu yg boleh gi mandi sume dulu hehe. so camtu gaklah masa tunggu giliran. Cumanya sakit dia bertambah sikit huhu. Berkerut2lah sis menahan sakit. Baru teringat perut tak isi pape lagi. Mintak husband belikan milo panas. Rasa nak tu je masa tu sebab sakit contraction tu lagi terasa dari rasa nak makan 😅. Sambil minum air milo, Ella nampak unty2 Ella pun sampai. Gigihnya unty2ku datang pepagi sebak jap rasa. Macam biasalah diorang tanya keadaan Ella lepastu diorang pun join mama, papa, husband Ella kat waiting room. Dalam menahan sakit tu actually seluar Ella dah basah sebab air ketuban makin banyak pulak keluar. Then nurse bagi kain suruh tukar. Lepas tukar sambung tunggu turn, part tunggu turn ni memang boleh buat gaduh haha. Lama + sakit contraction jgn bawak main weh! Time tu ramai pulak geng2 mak buyung nak bersalin gak tu yg kena tggu turn haha. Tp tu moment yang tak leh lupa jugaklah sebab dekat ward tu mcm2 rupa orang nak bersalin ada. Suasana panik sume tu tak yah cakaplah kan. Rasa macam nak bergegar wad tu. Sbb ada yang belum cukup minggu utk bersalin tapi dia dah nak bersalin sgt siap jerit. Bukan takat dia je jerit tp nurse sume pun sama sbb patient tu mcm dah nak meneran sgt. Ya allah time tu Ella pun cuak. Rasanya diorang terus tolak dia dlm LR sbb dia mmg ada history bersalin anak dia semua bersalin tak cukup bulan. Okay back to my story. Masa tu Ella baring kat katil selang 2 katil dari dia sebab tu boleh dengar hehe. Masa tu gak nurse suruh Ella tggu jap sebab nak uruskan patient td. Settle je dia uruskan patient tu dia dtg balik then bukak 1 bungkusan. Rasanya mcm 'kit'. Tapi sebenarnya itu adalah 'kit' utk check bukaan jalan. Macam mana dia check? Betul ni nak tahu? Tak menyesal eh????

Nurse suruh kangkang, Macam kangkang nak beranak tu. Dah kangkang nurse kata tahan sikit ye sy nak check bukaan jalan. Tarik nafas & tahan okay. Ella pun angguklah. Dalam otak pikir 'Oh maybe dia ukur pakai pembaris kot' so Ella buat lek2 je siap dalam hati rasa excited sebab nak tahu dah bukak berapa. Sekali dia 'seluk'. Ya Allah. Terdiam. Terpaku. Tetiba rasa macam tak cukup nafas. Sakitnya 'seluk' 😭 Seluk punya seluk baru bukak 2cm. So nurse kata okay kte tunggu doctor sampai. Sementara tu buat CTG dulu. CTG (Cardiotocography) iaitu sejenis alat yang dipasang kat perut untuk kesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga contractions. Dari CTG ni pun boleh kesan tanda 'fetal distress' iaitu baby dalam keadaan tertekan. CTG ni ada bacaan dia so bacaan degupan jantung baby yang normal ialah antara 120-160 per minit. Masa tengah buat CTG ni nurse suruh Ella goyang2kan kaki tapi lupa pulak sebab apa haha. Yang tak bestnya CTG ni kena baring dan tak boleh bergerak selama 30minit dengan perut diikat dengan tali elastik serta besi 'tranducers' yang agak berat.

Settle CTG, doctor pun sampai. Doctor indian girl. Dia sampai then borak2 sambil dia check, sambil tu jugak Ella nampak dia bukak 'kit' tu lagi. Ya Allah ni mesti kena lagi ni. Doc tu cakap tahan sikit ye. .....gulp! (telan airliur). Memang tak cukup nafas dibuatnya nak tahan time doctor 'seluk' tu. Pusing kanan, pusing kiri lagi haa. Akak dah berkerut2 ni ha huhu. Doc ckp okay dah 3cm & air ketuban dah nak leaking ni. Maknanya air ketuban dah banyak keluar. Tunggu masa nak bersalin je. So prepare utk warded.

10.30 pagi
Settle kat bawah, naik atas ke wad. Tapi masa tu masuk wad 3rd class sementara tggu turn nak masuk wad 2nd class. Bukan tak nak wad 1st class tapi dah full plus nanti sorang2 bosan pulak. Sempat gak lah duduk kejap, baring kejap sebelum naik wad 2nd class.


11.30 pagi
Naik wad 2nd class. Dapat katil tepi tingkap, menghadap bangunan parking & dari atas boleh nampak kafeteria. So boleh lambai2 sedara mara yang tunggu time melawat dari atas haha. Geng sebelah kak Mimi. Dia pun macam Ella tggu masa je nak bersalin tapi dia induce. Belah depan akak tu bersalin caesar so masa tu dia baru je settle operate still mamai. Sebelah dia chinese pun sama gak. Masa tu nervous dlm hati Allah je yg tahu huhu. Di tambah pulak sakit contractions yang on off. Bila dia dtg allahu. Bila dia pergi barulah dapat rasa lega kejap. Duduk tak kena, baring tak kena. Serba serbi rasa tak kenalah. Begitulah keadaannya sampailah ke malam. Dah siap mandi tukar baju semua. Pujuk husband jangan balik lagi. Mintak teman sebab takut nanti sakit nak bersalin husband tak ada. Nasib husband memang tak balik lagi so dia teman, urutkan pinggang, kaki sebab masa tu memang satu badan sakit2. Apetah lagi masa contraction sakit kat pinggang tu allahu tak tahu nak explain macam mana. Setiap kali contractions nak meleleh airmata sakit. Nasib husband setia disisi teman dan urut sampai Ella boleh terlelap.

24 April 2018
1.00 pagi
Tetiba terbangun dari tido sebab rasa sakit contractions yang amat sangat. Kali ni bukan on off dah. Kali ni berterusan. Ye itu petanda dah nak bersalin. 'B i sakit sangat ni. Tak tahan dah. Panggilkan nurse b' sambil muka berkerut. Husband Ella pun laju lah panggil nurse. Nurse suruh Ella masuk bilik rawatan. Slowly turun dari katil husband pimpin. Ella masuk bilik rawatan dan baring. Be prepare utk kena seluk lagi sekali sebab nak check bukaan jalan. Sis redha sbb dah sakit sangat tak tertahan dah memang redha habis kena 'seluk'. And yes kena 'seluk'. Rasa macam kena putar skru huhu. Dga nurse jerit inform nurse lain 'Dah 6cm, get ready utk ke LR!' Keluar bilik rawatan, tinggalkan segala barang then Ella diusung ke LR.

2 pagi
Masuk je dalam LR. Wujud satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Sejuk, seram, nervous. Dalam tu ramai nurse, doctor & banyak bilik. Ada bilik OT, ada bilik biasa. So Ella diusung ke bilik bersalin biasa. Then datang beberapa nurse & doctor untuk check Ella. Kena masuk antibiotik sebab air ketuban dah leaking takut nanti ada infection kat kandungan. Mungkin disebabkan Ella mmg nampak macam sakit sangat jadi Ella diberikan pain killer untuk redakan sikit sakit contraction tu sementara nak tunggu jalan bukak 8-9cm camtu. But they keep checking me, check condition baby dalam perut.

4.30 pagi
Ella cakap kat husband rasa macam nak terberak. Itu petanda baby dah nak keluar 😱 Nurse, doctor masuk. Depa check and akhirnya jalan dah bukak 8cm. So depa get ready dengan tugas masing2. Ella punya debar tak yah cakaplah. Duk genggam je tangan husband kat sebelah.  Dalam hati duk baca macam-macam. Sampailah Ella cakap 'Doctor, sy rasa nak terberak.' 'Okay ikut cakap sy. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas, Bila rasa nak terberak tu datang lagi awak teran sekuat hati tapi jangan angkat bontot' Bukan takat doctor je cakap nurse, husband pun bagi semangat yang sama. Teran punya teran, still baby tak keluar. Teran lagi sekuat hati. Yes Ella dapat rasa dah kepala baby betul2 kat laluan nak keluar tu but still tak boleh. Rasa macam nak menangis masa tu sebab kudrat dah tak ada, badan dah letih sangat. Even masa tu Ella dengar nurse suruh husband pujuk Ella teran lagi dan Ella cuba tapi still tak boleh. Ella betul2 tak larat dah masa tu. Rasa nak lelap mata. Tapi tiba2 dga nurse cakap heartbeat baby drop. So doctor terpaksa bagi option kat husband Ella. Disebabkan kepala baby betul2 kat laluan dah boleh nampak rambut dia & heartbeat baby dah drop dan takut baby lemas so kena 'vacuum'. Husband Ella setuju as long Ella & baby selamat. But doctor cakap if 'vacuum' ada 2 kemungkinan. Satu, if lepas 'vacuum' baby nangis itu petanda baik but if lepas 'vacuum' baby diam itu petanda tak baik. Apa agaknya perasaan husband Ella masa tu kan? Sebab Ella tak tahu pun pasal apa doctor cakap tu sampailah after beberapa bulan bersalin. Husband Ella cakap tu keputusan paling susah untuk dia buat 😢 dan dia tak boleh ada dalam bilik tu masa 'vacuum'.

Syukur, dalam keadaan badan yang dah hilang tenaga, Ella cuba jugak kuat demi baby. Ella nak tengok baby. Nak peluk, nak ciom. Ella kuatkan semangat, kumpul segala mana tenaga yang ada. Bila doctor cakap push utk 'vacuum, Ella kena terus push sekuat hati. Sekelip mata terus Ella rasa air panas mengalir kat bahagian bawah.

4.56 pagi
Alhamdulillah lahirlah seorang putera comel kemerahan, Aryan Rizqi dengan berat 3.2kg. Kebetulan Aryan lahir pada date Ella tunang. Nurse/doctor pegang Aryan dan bawak pada Ella. Mengalir airmata. Pertama kali bertentang mata. Subhanallah maha suci Allah. Syukur atas kurniaanmu. Syukur dapat merasa sakit melahirkan putera secomel ini. Sungguh, perasaan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitu indah, sempurna. Ella sempat usik pipi gebu Aryan, ciom Aryan sebelum Ella terus tak sedar. Ella terjaga dalam keadaan mamai dan lemah sangat sebab rasa sakit kat bahagian bawah. Masa tu doctor bius & then jahit. Lama jugak rasanya sampai Ella tak sedar semula. Cuma dengar sayup-sayup je suara.



Rupanya Ella tumpah darah. Sebab tu Ella tak sedar dan lemah sangat sebab dah hilang banyak darah ditambah pulak jahitan banyak sebab 'vacuum'. Atas persetujuan husband Ella, Ella dimasukkan 2pint darah untuk cover balik darah yang dah banyak keluar. Pandangan Ella pun kin kabur, mata pun tertutup...


To be continue...

Comments

Popular posts from this blog

UniKL's Photo Shoot Project

Assalamualaikum..malam ni bosankan? hehe well seriously bosan mlm ni. Now tgh mencari idea di depan pc sambil menghirup nescafe mocha panas and sambil tu mate tertinjau2 bb di sebelah HAHA. Boleh? hehe. Petang tadi lecturer i baru emailkan gambar yg photoshoot semalam. What i can say abt that pic? Ade yg wow i like! and selebihnya nak gelak kuat2 sebab muke i nmpk mcm bukan i. hahahaha klaka je. At first mmglah neveskan. Tipulah tak khennnnnnnnnnnnn hehe. So memandangkan malam ni kebosanan tahap melampau bttr i update blog kan hehe. Ok nnt i tunjuk uolls gamba ktorang shoot hari tu. Ade byk but yg mane sesuai jela k yg i bg hehehe. Before that meh i cite sikit photoshoot tu utk ape act. Photoshoot tu under UniKL punye project yg diberi name UniKL's Photo Shoot Project. We all dipilih oleh our lecturer utk join photoshoot ni. So ade 6 students yg dipilih. Alhamdulillah i'm one the them hehe. So photoshoot tu utk promoting unikl. Its for unikl future marketing or promotional mate

My pregnancy journey

"Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan." Assalamualaikum  ♥ Subhanallah...betapa mulianya seorang wanita yang hamil ni kan? Syukur Ella dapat merasai setiap detik mengandungkan Aryan. Alhamdulillah my pregnancy journey went well sampai keakhirnya cuma 1st trimester tu je yang dilanda alahan. Syukur jugak alahan masa 1st trimester je, ada preggy mom tu alahan teruk sampai 3rd trimester. Masuk je bulan pertama mengandungkan Aryan, muka Ella naik allergic. Dulu sebelum pregnant pernah jugak kena macam tu alahan resdung. Tapi once pregnant je naik balik plus makin banyak almost 1 muka tau! Tu memang alahan yang paling teruklah Ella pernah kena. Dia punya gatal, miang sampai tak boleh nak tido malam. Siap menangis sebab tak boleh nak tido. Rasa nak garu je 1 muka sebab gatal ya amat. Sampai nak tido kena